2.Daftar Keahlian

Cara mendaftar Keahlian Toneplus

Untuk mendaftar keahlian TONEPLUS, anda boleh menggunakan web dengan melakukan LOGIN ke akaun anda, atau menggunakan Aplikasi ToneGroup yang boleh di muat-turun di Google Play. 

Hanya UPLINE anda, Service Centre(SC), Premium Service Centre(PSC), Branch(BR) dan Premium Branch(PBR) sahaja yang boleh melakukan pendaftaran. UPLINE hanya boleh mendaftarkan 'Direct Downline' sahaja.

1. Pendaftaran Melalui Web
  • Login ke akaun anda (PENAJA)

Klik untuk besarkan gambar
Untuk LOGIN ke akaun anda, masukkan No.Kad Pengenalan anda di bahagian Login ID, Password (jika anda LOGIN untuk kali pertama, password anda adalah 1234) dan Klik butang Login.
  • Klik ikon Registration
  • Masukkan maklumat Ahli Baru

Klik untuk besarkan gambar

Masukkan semua maklumat Ahli baru anda, pastikan semua yang bertanda ' * ' di isi, kerana ianya adalah wajib. Emel juga perlu di isi untuk memastikan anda mendapat password untuk SELFCARE anda.
Untuk mendapatkan maklumat simkad seperti Serial Number dan PUK Number, sila lihat dibelakang simkad yang ingin anda daftarkan. Klik option MNP jika ahli ingin mengekalkan nombor telefon lama. Masukkan juga no.TPA promoter(PENAJA).
Maklumat Bank boleh diisi kemudian oleh ahli yang berdaftar. 
  • Sertakan Lampiran

Klik untuk besarkan gambar


Langkah terakhir adalah untuk memuat-naik lampiran. Klik ikon di bahagian Attachment untuk memuat-naik Kad Pengenalan dan bukti alamat.
1. Klik ikon pensil untuk muat-naik Kad Pengenalan dan Bil (air@eletrik) 
2. Klik ikon mata untuk melihat bahan yang telah dimuat-naik.
3. Kemudian tick dibahagian persetujuan Terma dan Syarat
4. Akhir sekali Klik Submit.
Proses pendaftaran selesai dan anda akan mendapat TPA ahli baru berkenaan dan no.tel untuk simkad yang anda daftarkan.

2. Pendaftaran Menggunakan App ToneGroup
Untuk pendaftaran menggunakan App ToneGroup, pastikan anda telah muat-turun dan melakukan instalasi Aplikasi tersebut. Sila rujuk panduan instalasi dan daftar App ToneGroup disini >> Instalasi Aplikasi ToneGroup
Langkah 1 - Buka aplikasi ToneGroup anda, pilih TONEPLUS.
Langkah 2 - Masukkan No.TPA dan Password kemudian pilih SIGN IN
Langkah 3 - Pilih ikon Member Registration
Langkah 4 - Masukkan maklumat Ahli yang ingin anda daftarkan.
Langkah 5 - Muat-naik gambar Kad Pengenalan dan Tandatangan, kemudian tick di bahagian 'Agree Terms & Conditions'
Langkah 6 - Pilih butang SUBMIT
Proses pendaftaran selesai dan anda akan mendapat TPA ahli baru berkenaan dan no.tel untuk simkad yang anda daftarkan..

Pelawat :