1.Dapatkan Simkad

Dapatkan Simkad Toneplus


Untuk mendapatkan Simkad TONEPLUS anda boleh mendapatkannya dari PENAJA anda atau dari wakil-wakil kawasan yang tersenarai didalam web ini. Lebih dekat wakil atau pembekal simkad TONEPLUS dengan anda, lebih mudah anda bertanyakan sebarang permasalahan. Jika tiada wakil di kawasan anda, anda boleh menghubungi Admin atau sesiapa sahaja wakil yang paling hampir dengan anda, dan mungkin nanti andalah wakil kami di kawasan anda. 

Harga runcit simkad TONEPLUS adalah seperti berikut :

Klik untuk besarkan gambar jadual harga

Terdapat 2 jenis simkad iaitu simkad 3G dan simkad 4G. Kepenggunaannya adalah bergantung kepada model telefon bimbit yang anda gunakan. Untuk telefon bimbit 3G, ianya tidak akan 'support' simkad 4G, tetapi bagi telefon 4G anda masih boleh menggunakan simkad 3G. Kebanyakan telefon bimbit terkini menggunakan sistem 4G.

Jika anda kali pertama mendaftar sebagai ahli TONEPLUS, harga keahlian adalah RM98.58 untuk simkad 3G dan RM108.88 simkad 4G.

Bagi simkad TONEPLUS samaada 3G atau 4G, ianya telah tersedia dengan saiz Standard, Micro dan Nano.


* Simkad TONEPLUS yang anda beli, tidak boleh digunakan terus dan ianya tidak mempunyai nombor. Anda perlu membuat pendaftaran untuk mendapatkan nombor bagi simkad tersebut, anda juga boleh mengekalkan no. lama anda.


Keperluan Pendaftaran

Simkad TONEPLUS perlu didaftar dahulu sebelum boleh digunakan. Sebelum mendaftar anda perlu menyediakan maklumat berikut :

(a) Warganegara Malaysia/penduduk tetap: 
  1. Nama penuh mengikut dokumen pengenalan
  2. Alamat Tetap mengikut dokumen pengenalan
  3. Alamat surat menyurat
  4. Nombor pengenalan mengikut dokumen pengenalan
(b) Warga asing (pekerja atau pelajar):
  1. Nama penuh mengikut paspot
  2. Nombor paspot
  3. Negara paspot dikeluarkan
  4. Nama Syarikat dan alamat seperti dalam dokumen permit bekerja atau dokumen pengenalan pelajar beserta alamat unversiti (untuk pelajar)
Lampiran :

Merujuk kepada pekeliling terbaru SKMM yang dikeluarkan pada bulan Jun 2017 setiap pendaftaran simkad perlu melampirkan salinan Kad Pengenalan/Paspot dan bukti alamat tempat tinggal seperti bil eletrik atau air.




Pelawat :