Simkad Ganti

Cara untuk mengaktifkan Simkad Ganti

Anda boleh membuat gantian simkad jika berlaku kerosakan pada simkad, simkad hilang, simkad tak detect atau mungkin handphone dicuri. Anda boleh mendapatkan simkad gantian (TonePlus replacement simcard) yang baru dengan harga RM10 (3G atau 4G).


Sebelum itu anda perlu memastikan simkad anda masih lagi aktif dan bukannya expired, jika expired permohonan anda akan ditolak dan anda perlu mendaftar semula dengan keahlian baru.

Untuk proses pengaktifan simkad gantian, sila sediakan maklumat berikut :

Subscriber ID* : TPA
Nombor keahlian Tone Plus anda (TPA XXXXXX)

ID No* : NO Kad Pengenalan/No ID Tentera/Polis/Pasport
Nombor ID yang didaftar semasa pendaftaran sertai Tone Plus

Contact No* : Nombor pemilik kad
Nombor sementara yang boleh dihubungi

Lost SIM card serial number* : Nombor siri simkad
Rujuk di dalam profail anda, no. S/N simkad anda yang lama

Lost SIM card mobile number* : Nombor telefon Tone Tone Plus

New SIM card serial number* : Nombor siri simkad gantian
Rujuk di belakang simkad gantian (S/N)

New SIM card PUK number * : Nombor PUK simkad gantian
Rujuk di belakang simkad gantian (PUK)

Attachment : Gambar depan IC
Gambar IC bersaiz kurang dari 2MB 
- hantar melalui Whatsapp saiz akan akan automatik kecil

Bila semua maklumat ada, anda boleh berhubung dan maklumkan kepada mana-mana Branch (BR), Premium Service Centre (PSC) atau Service Centre (SC) yang dekat dengan kawasan anda untuk mendapatkan simkad gantian dan pengaktifan simkad gantian baru tersebut. 

Hanya yang berpangkat Service Centre (SC) dan keatas sahaja yang boleh melakukan proses gantian ini. Caranya adalah dengan LOGIN ke akaun SC anda.

Klik untuk besarkan gambar
1. Klik ikon Subscriber Care
2. Pilih 'Lost SIM Card'

Klik untuk besarkan gambar

3. Isikan semua maklumat yang diperlukan diatas, dapatkan maklumat dari ahli. Muat-naik gambar IC dan klik butang SUBMIT.

Anda akan mendapat REQUEST NO. yang boleh digunakan oleh anda(SC) atau ahli untuk rujukkan di HQ TonePlus jika terdapat sebarang masalah. Status permohonan akan dinyatakan sebagai ACTIVE jika ianya masih diproses oleh HQ TonePlus dan status CLOSED jika proses telah selesai.



Pelawat :