Kekalkan No.Lama

Anda boleh mengekalkan no.lama anda. Proses mengekalkan no.lama ini disebut MNP(Mobile Number Port-in). Ianya boleh dilakukan dengan 2 cara.

1. Kekalkan no.lama sewaktu proses pendaftaran.
klik untuk besarkan gambar

Ianya boleh dilakukan ketika proses pendaftaran, dengan mengikuti langkah berikut : 
  1. KLIK kotak For MNP Port-In Only
  2. Masukkan no. telefon lama anda (Contoh 0123456789)
  3. Masukkan penyedia khidmat talian asal (Contoh Maxis)
2. Kekalkan no. lama selepas pendaftaran.
Anda juga boleh mengekalkan no.lama selepas pendaftaran, ianya hanya boleh dibuat oleh ahli yang berpangkat SC dan keatas sahaja.
klik untuk besarkan gambar
  1. Klik ikon Registration
  2. Pilih butang 'Register Port-In'
  3. Isikan Maklumat yang diperlukan, Klik butang Submit


* Sila rujuk, dan bertanya kepada UPLINE anda untuk maklumat lanjut mengenai proses ini.


Syarat Pengekalan No. Lama
  1. Nama dan No.IC pemohon mestilah sama 100% dengan maklumat di TELCO lama.
  2. Validity Expiry Date WAJIB aktif (status talian Aktif atau belum Expired).
  3. Mempunyai baki kredit sekurang-kurangnya RM10.
  4. Tiada bil tertunggak, walaupun 1 sen. (Postpaid)
  5. Tiada atau telah tamat kontrak
  6. Bukan talian Supplimentary / Principle Number
  7. Wajib reply SMS yang diterima untuk pengesahan persetujuan 'port-out' dari talian mereka.
  8. Hantar SMS Jawapan Port-in menggunakan talian lama pemohon

Syarat tambahan dari Telco asal
  1. Celcom - Talian telah AKTIF selama 3 bulan.
  2. Maxis / Digi / Umobile - Talian telah AKTIF selama 1 bulan.
  3. Altel - Talian telah AKTIF selama 1 minggu.
  4. Untuk Telco lain, sila rujuk kepada penyedia khidmat telco berkenaan.

Penting :

  1. Sepanjang proses PORT IN di buat, guna talian lama seperti biasa sehingga talian lama itu tidak boleh diguna lagi. Dan baru masukkan simkad Tone Plus, nombor lama telah siap dipindahkan ke simkad Tone Plus.
  2. Proses pertukaran (PORT IN) akan mengambil masa 48 jam hingga 7 hari (waktu bekerja), bergantung kepada telco lama anda dan setelah anda menerima pengesahan (acknowledgement) permohonan PORT IN daripada Tune Talk.

Rujukan Teknikal Telco lama anda.

1. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan proses ini, dan memerlukan anda merujuk kepada telco talian lama anda, boleh hubungi nombor di bawah

     Tune Talk :  03 2772 0000
     Celcom : 1 300 111 000
     Maxis :  1 800 82 1123
     Hotlink :  1 300 820 120
   
     U-mobile : 018 388 1318 
     XOX :  1 300 888 010
     Altel : 03 2613 3888 
     Digi :  016 299 8888
     Clixster :  1 800 08 2211
 
     Merchantrade : 03 7727 8606
     RedOne :  1 800 11 0800
     REDTone Mobile :  1 800 87 7790
     Smart Pinoy :  03 207 804 52
     YTLComms :  018 799 8888
   
     Friendi Mobile :  011 38 123456
     iTalk :  1 800 882 883
     OkTel (IMETEL) :  1 800 88 2077
     Tron :  1 300 800 188
     SpeakOut Wireless :  014 337 6666

2. Jika terdapat penggunaan TAC di talian lama, sila ke ATM untuk mambuat pertukaran pembekal rangkaian talian anda ke Tune Talk.

3. Setelah PORT IN, jika anda boleh buat ‘Call Out’ tetapi tidak boleh terima ‘Call In’. Sila hubungi TuneTalk (13100) dan minta mereka ‘RESET’ semula talian baru anda. 

4. Jika telco talian lama anda tidak bersetuju untuk lepaskan anda, sila berjuma terus di mana-mana pejabat cawangan telco lama anda. Sekiranya masih gagal, anda boleh merujuk terus kepada SKMM.

** Untuk proses Pengekalan No.lama, pihak Toneplus hanya memohon sahaja. Keputusan berjaya atau tidak bergantung kepada terma Telco lama.

Pelawat :