FAQ

SOALAN LAZIM DITANYA
( Frequency Ask Questions )


SOALAN BERKAITAN PROGRAM DAN PELAKSANAAN PERNIAGAAN

SOALAN 01 : Siapakah Entiti Penting Program Ini
Penganjur Program adalah syarikat Tone Plus Sdn Bhd. (Tone Plus). Laman web penganjur adalah di www.tonegroup.net . Perkhidmatan produk dibekalkan oleh Tunetalk Sdn. Bhd.(Tunetalk). Laman web rasmi pembekal produk perkhidmatan adalah di www.tunetalk.com .

Laman web TonePlus Online di www.toneplus.info ini adalah sebuah laman web peribadi yang dipunyai oleh ADMIN Zulkefli Nawawi, iaitu salah seorang ahli program ini yang juga penulis buku 555, dan Buku 5 PLUS, juga pengeluar bahan-bahan pemasaran Toneplus yang lain.

SOALAN 02 : Bagaimana konsep perniagaan Program Rujukan Tone Plus ini?
Mengajak kenalan menjadi Ahli Toneplus sekaligus menjadi pengguna talian Tune Talk melalui Pelan Pemasaran Tone Plus. Anda akan mendapat komisyen hasil dari Top Up mereka selama mana mereka menggunakan prepaid ini.

SOALAN 03 : Siapa penganjur program ini dan bagaimana mereka membayar komisyen ahli?
Penganjur program ini adalah syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. Syarikat akan membayar komisyen anda dengan cara memindahkan jumlah komisyen terus ke akaun peribadi anda pada tarikh 25hb setiap bulan.

Syarikat tidak menyimpan komisyen tersebut dan akan memasukkan terus ke akaun anda apabila jumlah komisyen melebihi RM30.00.

SOALAN 04 : Apa kaitan program Tone Plus dan program Tone Excel?
Program Tone Excel telah berada di pasaran sejak Ogos 2010. Sehingga kini, Tone Excel telah mempunyai keahlian melebihi 500,000 pengguna. Kejayaan memberangsangkan program Tone Excel menyebabkan Tone Group telah melancarkan program terbaru ini – Pelan Tone Plus yang dilancarkan pada Oktober 2012, dan sehingga kini telah pun mempunyai keahlian melebihi 50,000 pengguna.

Lembaga Pengarah syarikat penganjur iaitu Tone Excel Sdn Bhd. dan syarikat Tone Plus Sdn Bhd. adalah individu-individu yang sama didalam kumpulan Tone Group.

SOALAN 05 : Apa perbezaan utama kedua-dua pelan Tone Excel dan Tone Plus?
Perbezaan utama adalah pelan imbuhan iaitu cara pembayaran komisyen kepada ahli. Tone Excel menggunakan pelan imbuhan Unilevel 3 Aras, sementara Tone Plus menggunakan pelan imbuhan yang dinamakan Reverse 2-Up. Sedikit penerangan mengenai perbezaan kedua-dua plan ini disini >> BEZA TP TE 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pelan imbuhan Tone Excel di laman web toneexcel dan pelan imbuhan Tone Plus di laman web toneplus.

SOALAN 05 : Bagaimana nak sertai program ini?
Untuk sertai program ini anda perlu menjadi Ahli Tone Plus dengan bayaran keahlian sebanyak RM98.60 dan anda akan diberi akaun keahlian beserta Sim Kad prepaid Tone Plus yang dikuasakan oleh Tune Talk. 

SOALAN 06 : Bagaimana nak dapatkan Sim Kad ini?
Anda boleh merujuk kepada PENAJA anda atau mendapatkannya dari wakil-wakil pengedar, Service Centre atau Branch yang disenaraikan didalam web ini. Anda juga boleh membuat belian terus dengan menjadi ahli menggunakan borang pendaftaran online tetapi anda perlulah mempunyai seorang perujuk/penaja. 

SOALAN 07 : Berapakah harga bayaran yang dikenakan?
Harga jualan prepaid Tone Plus adalah RM98.60 sekeping tidak termasuk kos penghantaran Poslaju iaitu RM10.00 (untuk penghantaran dalam Malaysia sahaja). Jumlah besar adalah RM108.60 sahaja. Di dalam Sim Kad tersebut telah tersedia nilai tambah (top up) bernilai RM30.00

ADMIN menasihatkan anda mendapatkan Sim Kad ini dari Penaja anda dahulu. Sekiranya Penaja anda tidak mempunyai stok, baru lah anda membeli dari ADMIN.

SOALAN 08 : Bagaimana membeli dan menjual Sim Kad Tone Plus ini?
Bisnes Pack(Bizpack) TonePlus(4 keping) untuk Ahli adalah berharga RM320.00 termasuk POS dari ADMIN, ini beerti kos anda adalah RM80 sekeping, anda boleh menjualnya kepada ahli atau pengguna baru pada harga RM98.60 sekeping. Keuntungan adalah kepunyaan anda.

SOALAN 09 : Saya tidak mampu beli Bisnes Pack pada harga RM320. Bagaimana nak jalankan bisnes ini?
Anda hanya beli 1 Sim Kad dari PENAJA anda atau dari ADMIN laman web ini dan apabila prospek pengguna anda ingin membeli Sim Kad, sila minta mereka membelinya dari ADMIN laman web ini dengan klik menu Pembelian di Pejabat Maya. Tetapi, anda tidak akan mendapat keuntungan RM20 sekeping kad tersebut.

SOALAN 10 : Bolehkah warganegara asing join program ini?
Ya boleh, dengan syarat ada nombor passport dan akaun bank mesti akaun bank Malaysia.

SOALAN 11 : Bolehkah mereka yang telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi join program ini?
Ya, boleh.

SOALAN 12 : Apakah syarat layak komisyen?
Syarat layak komisyen adalah 2 perkara:

  1. Anda akan menerima komisyen 13% hanya setelah merujuk 4 ahli baru kedalam program ini. Jika belum, anda hanya menerima 3% sahaja.
  2. Maintain bulanan ialah membeli TopUp berjumlah RM30.00 dalam masa sebulan.

SOALAN 13 : Apa jadi jika saya telah merujuk hanya 1 atau 2 atau 3 orang sahaja? 
Setelah 30 hari dari anda bermula, jika anda masih tidak mendapat 4 ahli pengguna baru, maka anda tidak berhak menerima sebarang pengguna baru yang dihantar kepada anda oleh pengguna baru tajaan anda. Pengguna-penguna baru tersebut akan dihantar terus kepada Penaja anda. Sementara itu, pengguna baru tajaan anda akan terus kekal bersama anda.

Sementara itu, komisyen dari hasil Top Up ahli tajaan anda adalah hanya 3% sahaja selagi anda belum mendapatkan 4 orang.

Anda boleh melihat kedudukan tempoh 30 hari yang diberikan kepada anda dengan Login ke akuan ahli anda di laman web toneplus

SOALAN 14 : Bilakah masa 30 hari itu bermula dan bagaimana ia dikira?
30 hari dikira bermula pada tarikh anda mendaftar sebagai ahli Tone Plus secara rasmi. Iaitu pada tarikh anda mendapat nombor keahlian TPA.

SOALAN 15 : Bagaimana Bonus Tahun Baru dikira dan bila ia dibayar?
Bonus Tahun Baru dikira setiap bulan berdasarkan pendapatan anda pada bulan tersebut. Ia akan disimpan dan hanya dibayar sekali sahaja setiap tahun pada bulan 25 Januari tahun beriikutnya.

SOALAN 16 : Setelah saya mendapat 4 pengguna baru, adakah saya boleh menambah bilangan pengguna baru?
Ya. Anda boleh menambah dengan menaja terus seberapa ramai ahli pengguna baru tanpa had setelah anda mendapatkan 4 ahli pengguna yang pertama dan 2 orang telah dihantar kepada PENAJA anda.

Pengguna ke-5 dan seterusnya yang anda taja tidak akan di hantar kepada upline anda lagi. Penghantaran 2 Pengguna kepada Upline hanya berlaku sekali sahaja sewaktu anda mendapat 4 Pengguna pertama.

SOALAN 17 : Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?
Pembayaran dilakukan oleh syarikat penganjur iaitu TonePlus Sdn Bhd terus ke akaun bank anda pada 25 haribulan setiap bulan.

SOALAN 18 : Bagaimana jika komisyen saya pada bulan tersebut kurang RM30.00?
Jumlah tersebut akan dibawa ke bulan hadapan.

SOALAN 19 : Adakah sebarang tolakan dari pembayaran komisyen?
Ya. Setiap satu transaksi pemindahan komisyen akan dikenakan tolakan RM3.00 yang merupakan Caj Perkhidmatan Bank.

SOALAN 20 : Adakah saya perlu TopUp RM30.00 sekaligus untuk melayakkan menerima komisyen?
Jumlah RM30.00 boleh sekali gus atau juga boleh sedikit-sedikit asalkan jumlah sebulan adalah sekurang-kurangnya RM30.00.

SOALAN 21 : Apa jadi jika saya tidak TopUp minima RM30.00?
Anda tidak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen ini tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM30.00, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.

SOALAN 22 : Jika ahli Pengguna (downline) TopUp kurang dari RM30. Adakah saya akan menerima komisyen 13% daripadanya? 
Ya. Jika anda sendiri layak setelah Top Up RM30 sebulan dan telah menaja 4 pengguna baru, anda akan menerima komisyen 13% walau berapa pun jumlah Top Up pengguna anda.

SOALAN 23 : Bagaimana cara maintain TopUp RM30 pada 1 bulan ini dikira?
Top Up RM30 anda dikira mengikut tarikh kalendar tahunan. Ini bermakna ia bermula pada 1 haribulan sehingga tarikh akhir bulan tersebut samada 28, 30 atau 31 haribulan.

SOALAN 24 : Saya telah membuat TopUp tetapi kenapa rekod di laman web ahli tidak update dan tidak menunjukkan rekod TopUp tersebut. ?
Kemaskini rekod TopUp di laman web ahli berlaku setelah 4-5 hari iaitu setelah pihak TonePlus menerima rekod TopUp tersebut dari pihak Tune Talk. Jika anda telah TopUp pada hari terakhir hujung bulan dan agak risau tentang komisyen anda, sila telefon Ibupejabat setelah 4-5 hari anda melakukan TopUp tersebut.

SOALAN 25 : Bolehkah seseorang menjadi ahli program tetapi akaun banknya adalah atas nama orang lain?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah ahli program perlu mengisi borang memberikan kebenaran kepada syarikat penganjur TonePlus Sdn Bhd untuk memasukkan jumlah komisyen tersebut kepada akaun yang dinamakan.

Borang tersebut boleh di download di Pejabat Maya didalam akaun TonePlus anda.

Sila download borang ‘3rd Party Bank Account’ tersebut, isikan dan fax ke 03-9057 5906.

SOALAN 26 : Kenapa saya tidak menerima komisyen?
Pertamanya, semak kelayakan anda. Adakah anda layak? Perhatikan juga tarikh pembayaran yang sepatutnya

Keduanya, perhatikan akaun bank anda, syarikat menggunakan akaun bank Ambank. Jika anda juga Ambank maka komisyen akan masuk hari yang sama (21hb). Jika selain akaun Ambank, maka kemasukan 1-2 hari lewat.

Ketiga, paling penting sila lihat maklumat bank anda. Adakah ia betul?

SOALAN 27 : Adakah keahlian tamat sekiranya lama tidak menaja sesiapa?
Tidak

SOALAN 28 : Bagaimana keahlian tamat?
Cara paling mudah untuk mengetahuai samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada Sim Kad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Sim Kad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Sim Kad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Plus anda juga tamat.

Untuk pengetahuan, Sim Kad Tone Plus memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi.

Tiada rayuan dibenarkan. Anda perlu buka akaun baru semula jika ingin terus bersama program ini.

SOALAN 29 : Apakah laman web rasmi syarikat untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen?
Laman web rasmi ahli adalah di https://www.tonegroup.net/earn-with-us-tone-plus. Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.

Setelah menjadi ahli rasmi program,  anda akan dibekalkan dengan ‘username’ iaitu No IC/passport anda dan ‘password’ awal 1234 yang boleh diubah semula oleh anda.

Anda boleh mendaftarkan ahli pengguna baru di laman web rasmi ini.

SOALAN 30 : Bagaimana jika saya terlupa password untuk masuk ke laman web rasmi syarikat untuk melihat komisyen?
Anda perlu RESET semula PASSWORD anda dengan KLIK link LOST YOUR PASSWORD dan masukkan Login ID anda (No.IC anda) dan Isi semula urutan huruf yang diberi. 
Klik untuk besarkan gambar


SOALAN 31 : Bagaimana memperbaharui keahlian yang tamat?
Anda perlu beli Sim Kad baru dan daftar semula.

SOALAN 32 : Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama?
Boleh. Tetapi penaja mestilah penaja yang sama atau dari rangkaian yang sama. Anda dibenarkan mendaftar 10 akaun ahli dengan menggunakan SimKad dan nombor TuneTalk berbeza.

SOALAN 33 : Adakah kadar panggilan TonePlus  murah?
Sudahkah anda melihat kadar dari DIGI ke telco lain? Jika anda melihatnya, kadar TonePlus adalah kadar yang kompetitif, ada telco mengenakan cas yang lebih mahal dari TonePlus. Biasanya telco yang memberi harga yang murah tidak menyediakan apa-apa FAEDAH lain melainkan panggilan & internet.

Keduanya, kita tidak boleh membandingkan secara terus nilai sesuatu pelan samada murah atau mahal kerana yang nyata pelan yang ada di pasaran adalah untuk mengutip duit prepaid anda! Sementara pelan TonePlus membayar kembali sebahagian kepada anda.

Faktor harga semata-mata bukan tarikan utama dalam pemasaran sesuatu pelan.

SOALAN 34 : Bolehkah mereka yang tinggal di Brunei, Singapura dan Indonesia menyertai program ini?
Memang ramai penduduk negara tersebut yang bertanyakan perkara ini kepada ADMIN. Walaubagaimanapun, program ini tidak terdapat di negara-negara tersebut lagi.

Walaupun penduduk negara tersebut boleh menyertai program ini tetapi beberapa perkara pokok perlu diatasi.

Pertama, SimKad boleh digunakan dengan cara ‘roaming’ apabila digunakan di luar negara. Maka, kadar call adalah kadar roaming dinegara terbabit.

Kedua, tempat TopUp tiada di Negara-negara terbabit. Bagi penduduk di Singapura, ia boleh TopUp di Johor Bharu, Bagi Brunei pula adalah di Limbang.

Ketiga, akaun bank mesti bank Malaysia. Jika mereka ada akaun bank Malaysia, maka tiada masalah pembayaran komisyen.

Tiada halangan untuk menyertai program ini jika ketiga-tiga perkara diatas boleh diatasi.

SOALAN 35 : Bolehkah anda buat bahan bercetak atau laman web sendiri untuk mempromosi bisnes ini?
Ya. Boleh. Anda boleh hubungi / emel ke Ibu Pejabat Tone Plus(Hotline: 0105000969) /  dan menghantar sample bahan bercetak anda bagi memastikan bahan-bahan anda tidak terkeluar dari garis panduan yang telah dibenarkan.





Anda jua boleh bertanya terus dengan ADMIN melalui WhatsApp

Pelawat :